Connect with us

ALHIJRAH NEWS

12 HARI BERTARUNG NYAWA DI ICU, AMIR RAJA LAWAK DIPINDAHKAN KE WAD BIASA

DALAM NEGARA

12 HARI BERTARUNG NYAWA DI ICU, AMIR RAJA LAWAK DIPINDAHKAN KE WAD BIASA

Selepas 12 hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), pelawak dan pelakon Mohammad Amirullah Azmi, 37, atau Amir Raja Lawak telah dipindahkan ke wad biasa.

KUALA LUMPUR: Selepas 12 hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), pelawak dan pelakon Mohammad Amirullah Azmi, 37, atau Amir Raja Lawak telah dipindahkan ke wad biasa.

Amirullah berkata, tahap kesihatannya semakin baik dan stabil namun masih dipantau oleh pegawai kesihatan selain bergantung pada bantuan oksigen.

“Alhamdulillah saya telah dipindahkan ke wad biasa, saya dah pegang telefon sendiri sekarang.

“Saya masih dipantau dan pakai oksigen, saya berterima kasih banyak-banyak kepada semua,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Amirullah mengakui masih berdepan kesukaran untuk kembali pulih sepenuhnya selepas mengalami masalah kesihatan yang seakan menjejaskan sendi serta organ dalaman tubuhnya.

Malah dia turut berdepan keadaan mudah hilang fokus, termenung serta mengalami masalah ingatan yang kadangkala membuatkannya berasa keliru.

“Saya boleh katakan, nak dapat balik kondisi keadaan diri saya 50-50 macam hari tu pun struggle lagi sekarang masih struggle lagi, untuk bernafas sekalipun, apatah lagi nak bergerak, memang ambik masa.

“Bercakap banyak patah pun jadi terbatuk-batuk, jadinya saya banyak diam. Saya kena perlahan-perlahan untuk latih paru-paru kembali aktif macam sebelum ini, tak boleh buat dengan terburu-buru supaya paru-paru dapat blend dengan kondisi tubuh badan semasa saya,” tambahnya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Amirullah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu akibat jangkitan paru-paru


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top