Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT PERMIT HIBURAN DIKELUARKAN DI KELANTAN BAGI SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2025

DALAM NEGARA

EMPAT PERMIT HIBURAN DIKELUARKAN DI KELANTAN BAGI SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2025

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan Hilmi Abdullah berkata empat permit tersebut ialah di Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat.

Sumber Gambar: FB Hilmi Abdullah

KOTA BHARU: Sebanyak empat permit hiburan Malam Tahun Baharu 2015 dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan Hilmi Abdullah berkata empat permit tersebut ialah di Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat.

“Satu permit dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena Monsoon Food Festival di Asian Village, Tunjong.

“Dua permit dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tanah Merah bagi aktiviti dikir barat iaitu di Dataran Muhibbah Taman Barakah dan Jambatan Guillemard,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hilmi berkata satu lagi permit dikeluarkan Majlis Daerah Tumpat bagi persembahan nyanyian di Wat Machimaram di Kampung Jubakar Darat.

Beliau berkata pihak penganjur yang terlibat diharap sentiasa mematuhi syarat-syarat ditetapkan dan diminta jangan sesekali melanggar syarat permit yang dikeluarkan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading