Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANWAR, DELEGASI DIBERI PENGHORMATAN ZIARAH RAUDHAH, MAKAM RASULULLAH SAW

DALAM NEGARA

ANWAR, DELEGASI DIBERI PENGHORMATAN ZIARAH RAUDHAH, MAKAM RASULULLAH SAW

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta delegasi diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah serta makam Nabi Muhammad SAW.

MADINAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta delegasi diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah serta makam Nabi Muhammad SAW.

Terdahulu, Anwar bersama isterinya serta delegasi ke Madinah al-Munawwarah untuk majlis berbuka puasa bersama pelajar Malaysia yang menuntut di Madinah.

“Kami kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di Masjid Nabawi. Alhamdulillah, saya dan delegasi juga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah dan Makam baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Sepanjang lawatan rasminya, beliau yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, antara lain sempat mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam, di Jeddah.

Beliau turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (Muslim World League – MWL) Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.

Selain itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani tiga Perjanjian Persefahaman melibatkan syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.

Beliau dan delegasi juga sempat melengkapkan ibadah umrah di Mekah dan ziarah di Madinah serta beramah mesra dalam program iftar bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah, Mekah dan Madinah. 

Anwar dan delegasi mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi dan berlepas ke Kuala Lumpur daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz pada 12.30 pagi Sabtu waktu tempatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading