Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN SELANGOR LARANG AKTIVITI LGBT DI SELANGOR

DALAM NEGARA

SULTAN SELANGOR LARANG AKTIVITI LGBT DI SELANGOR

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memperkenankan sebarang aktiviti atau perhimpunan bagi mempertahankan serta menuntut hak-hak daripada kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Selangor.

Sumber Gambar: Facebook Selangor Royal Office

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memperkenankan sebarang aktiviti atau perhimpunan bagi mempertahankan serta menuntut hak-hak daripada kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Selangor.

Titah baginda yang dipetik menerusi khutbah Jumaat negeri Selangor semalam, semua umat Islam tidak boleh melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung terhadap aktiviti mempromosi atau kumpulan yang melibatkan kumpulan tersebut.

Dalam khutbah tersebut turut menyatakan, perbuatan mana-mana individu atau kumpulan yang menyatakan sokongan terhadap hak asasi LGBT adalah haram, malah Tindakan yang menyokong kepada kemungkaran boleh merosakkan akidah.

“Pengamal-pengamal LGBT dan yang mempertahankannya hendaklah kembali bertaubat, menyesal dan tidak mengulangi perbuatan haramnya. Kecenderungan seks songsang adalah tabiat yang boleh diubah melalui mujahadah nafsu yang berterusan,” katanya.

Sementara itu, khutbah tersebut turut mengingatkan umat Islam diwajibkan untuk menjauhi fahaman dan pemikiran liberalisme selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Jawatankuasa itu turut menyatakan Sisters in Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Orang Islam yang beriman dan bertakwa wajib menolak LGBT dan menolak kumpulan liberal yang mendokong tabiat songsang ini,” dalam khutbah tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading