ANWAR SARAN PBT ELAK GUNA EJEN UNTUK PERMIT PERNIAGAAN BAZAR RAMADAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengelakkan penggunaan ejen atau orang tengah dalam proses pendaftaran permit perniagaan bazar Ramadan.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengelakkan penggunaan ejen atau orang tengah dalam proses pendaftaran permit perniagaan bazar Ramadan.
Sebaliknya, beliau mencadangkan agar PBT mencontohi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang melaksanakan pendaftaran bazar Ramadan secara dalam talian sekali gus meningkatkan ketelusan dan mengurangkan beban kos kepada peniaga.
Anwar berkata kaedah pendaftaran dalam talian bukan sahaja lebih teratur malah mampu mengekang amalan pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran tambahan demi keuntungan peribadi.
“Bazar Ramadan ini kesempatan rakyat terutamanya di peringkat bawah untuk menjalankan perniagaan mencari nafkah tambahan… jadi, PBT sepatutnya memberi kerjasama supaya proses lebih teratur dan elak daripada orang yang mengangkat komisen.
“Kita lawan (rasuah) di peringkat atas tetapi di bawah ini masih lagi berkecamuk… saya tengok dari segi kertas yang pernah dibentangkan kepada kami mengenai pengalaman (Majlis Bandaraya) Petaling Jaya, itu perlu dijadikan contoh, pendaftaran dalam talian dan buka sebanyak mungkin,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jumhuriah, Taman Dato Harun di sini hari ini bersama kira-kira 2,000 jemaah.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Anwar turut mengarahkan PBT supaya menyediakan kemudahan yang bersih dan selesa sepanjang bulan Ramadan.
Perdana Menteri berkata sekiranya PBT dan kerajaan negeri dapat memberikan kerjasama yang baik, beliau akan berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untuk menambah baik kemudahan asas termasuk bekalan air serta aspek kebersihan khususnya di kawasan bazar Ramadan.
Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan susulan pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi kesalahan membuang sampah kecil, yang berkuat kuasa semalam.
“Jadi, kalau membuang sampah, tindakan akan diambil termasuk pendakwaan dan denda,” katanya.
Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut 1 Ramadan, yang menandakan permulaan ibadah berpuasa selama sebulan, pada 19 Feb ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager