PENANTIAN TUJUH BERADIK MILIKI KAD PENGENALAN BERAKHIR
Penantian tujuh beradik untuk memiliki dokumen pengenalan diri berakhir apabila menerima kad pengenalan secara daftar lewat di kediaman mereka di Bandar Sungai Buaya hari ini.
RAWANG: Penantian tujuh beradik untuk memiliki dokumen pengenalan diri berakhir apabila menerima kad pengenalan secara daftar lewat di kediaman mereka di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini.
Mereka yang berusia antara 17 hingga 30 tahun itu menerima kelulusan permohonan Daftar Lewat Sijil Kelahiran pada 8 Dis diikuti kelulusan Daftar Lewat Kad Pengenalan pada 23 Dis 2025.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias berkata pendaftaran lewat itu berpunca daripada perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan sekali gus menjejaskan urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri anak.
Beliau berkata keadaan lebih rumit apabila bapa tujuh beradik itu meninggal dunia pada 2023 menyebabkan keperluan mendapatkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) waris terdekat seperti bapa saudara bagi tujuan pengesahan pertalian.
“Sebaik maklumat permohonan diterima, JPN meminta keluarga ini hadir ke pejabat untuk menjalankan semakan melalui Bahagian Kelahiran dan Kematian serta siasatan lanjut bagi mengesahkan pertalian anak dengan ibu bapa,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan dokumen pengenalan diri itu.
Badrul Hisham berkata siasatan termasuk ujian DNA membuktikan pertalian kekeluargaan selain perkahwinan ibu bapa turut didaftarkan semula dan disahkan mahkamah yang merupakan satu keperluan penting sebelum sijil kelahiran dapat dikeluarkan dengan taraf warganegara.
“Apabila semua keperluan dipenuhi, sijil kelahiran dapat dikeluarkan diikuti kad pengenalan,” katanya.
Tujuh beradik itu ialah Ahmad Shahmil Ismail, 30, Muhammad Fazril, 29, Nur Hakimah, 26, Nur Hakikah, 24, Nur Laila, 22, Nur Shakila, 19, dan Zakaria, 17, dari Kampung Tanjung Sungai Choh di sini.
Dalam pada itu, Badrul Hisham menyeru warganegara Malaysia memastikan perkahwinan didaftarkan mengikut undang-undang yang bukan sekadar keperluan pentadbiran sebaliknya perlindungan asas kepada hak anak pada masa hadapan.
“Setiap perkahwinan dan kelahiran wajib didaftarkan sama ada melibatkan warganegara atau bukan warganegara. Warga asing di Malaysia juga perlu memastikan kelahiran anak didaftarkan mengikut peraturan ditetapkan supaya isu ketiadaan dokumen pengenalan diri dapat dielakkan,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan data JPN tahun lepas, sebanyak 4,497 permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan diterima manakala 9,528 permohonan melibatkan Daftar Lewat Kelahiran.
Beliau berkata JPN akan melipatgandakan usaha dan program turun padang ke lapangan pada tahun ini bagi mengesan serta menangani kes keciciran dokumen pengenalan diri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked