Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MENTERI AGAMA ZIARAH POLIS PUTUS TANGAN AKIBAT DITETAK WARGA ASING

UTAMA

MENTERI AGAMA ZIARAH POLIS PUTUS TANGAN AKIBAT DITETAK WARGA ASING

Baru sahaja pulang dari tugasan di Sabah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menziarahi anggota polis yang terputus tangan akibat ditetak di Kepong serta menyampaikan sumbangan bagi membantu anggota berkenaan.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menziarahi anggota polis yang terputus tangan akibat ditetak seorang lelaki warga asing dalam insiden di Desa Amanpuri, Kepong.

Anggota terbabit, Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy yang berasal dari Sibu, Sarawak kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Sampai saja ke KLIA, Sepang dari program JPM (Hal Ehwal Agama) di Sabah, saya bergegas menziarahi Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy di Hospital Kuala Lumpur,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau turut bertemu Ketua Unit Pembedahan Tangan dan Mikrosurgeri HKL, Dr Allan Ravi Rajagopal serta Dr Aziz Sabbir Hussain yang terlibat dalam pembedahan menyambung semula tangan anggota berkenaan.

“Dengan semangat #KitaKawan, berlainan agama berlainan bangsa tetapi bantu-membantu sebagai rakyat Malaysia, saudara setanah air.

“Tiada kebencian, hanya kasih sayang sesama manusia,” ujarnya.

Zulkifli turut menyerahkan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan sumber am serta Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kepada Thierry. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top