Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERANG IRAN: TRUMP DAKWA NEGARA TELUK MINTA TANGGUHKAN SERANGAN

DUNIA

PERANG IRAN: TRUMP DAKWA NEGARA TELUK MINTA TANGGUHKAN SERANGAN

Keputusan itu dibuat selepas negara seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain meminta Washington supaya tidak meningkatkan lagi ketegangan ketenteraan di rantau berkenaan.

Sumber Gambar: AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memutuskan untuk menangguhkan serangan ketenteraan susulan terhadap Iran selepas menerima permintaan daripada beberapa negara sekutu Teluk, meskipun sebelum ini memberi amaran tidak akan teragak-agak melancarkan serangan baharu terhadap Tehran.

Trump berkata, keputusan itu dibuat selepas negara seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain meminta Washington supaya tidak meningkatkan lagi ketegangan ketenteraan di rantau berkenaan.

Bagaimanapun, perkembangan itu tidak bermakna ancaman ketenteraan telah berakhir apabila Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa pihaknya menyasarkan radar amaran awal milik AS di Bahrain sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas sebuah menara telekomunikasi di Sirik pada Khamis.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, turut memberi amaran bahawa mana-mana negara yang menyediakan sokongan ketenteraan atau logistik kepada operasi AS terhadap Tehran akan dianggap sebagai pihak yang terlibat dalam tindakan pencerobohan Washington.

Dalam perkembangan berasingan, Lembaga Keamanan Gaza menggesa pelaksanaan pelan perdamaian Trump susulan serangan Israel ke atas Hospital Nasser yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang.

Bagaimanapun, Hamas menolak kenyataan berkenaan dengan menuduh lembaga itu menerima pakai naratif Israel berhubung konflik berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top