Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JANGAN TERAGAK-AGAK LEPASKAN TEMBAKAN JIKA DIANCAM – KETUA POLIS KL

DALAM NEGARA

JANGAN TERAGAK-AGAK LEPASKAN TEMBAKAN JIKA DIANCAM – KETUA POLIS KL

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan kesiapsiagaan anggota di lapangan penting bagi mengelakkan kejadian serangan terhadap anggota polis seperti insiden di Gombak berulang.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengingatkan semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak teragak-agak melepaskan tembakan sekiranya berdepan sebarang ancaman ketika menjalankan tugas.

Beliau berkata, semua anggota yang bertugas di lapangan perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi berisiko, termasuk memastikan sasaran sebelum menggunakan senjata api.

“Saranan saya kepada semua elemen (polis Kuala Lumpur) yang ada di lapangan, saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, berlaku terhadap anggota saya yang bertugas di ‘barisan hadapan’ (frontliner).

“Jadi pastikan mesti ‘ready’ (bersedia), mesti tahu situasi, keluarkan senjata api, pastikan sasaran, bersedia.

“Sekiranya ada apa-apa halangan, tembak. Ada apa-apa keraguan, tembak. Ada rasa kerisauan, ada ancaman, tembak. Jangan tunggu,” katanya dalam rakaman audio yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Polis KL.

Penegasan itu dibuat susulan kejadian serangan membabitkan seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan warga asing bersenjatakan sebilah parang.

Media sebelum ini melaporkan anggota polis berkenaan putus pergelangan tangan kanan selepas ditetak seorang lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong.

Tambahnya, arahan itu dibuat bagi memastikan keselamatan pegawai dan anggota polis ketika melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan serta ketenteraman awam. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top