Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAH KIBLAT DI PREMIS PENGINAPAN DIIKTIRAF MFAR DIYAKINI

DALAM NEGARA

ARAH KIBLAT DI PREMIS PENGINAPAN DIIKTIRAF MFAR DIYAKINI

KUALA LUMPUR: Penunjuk arah kiblat di dalam premis penginapan seperti hotel merupakan rujukan penting untuk umat Islam bagi memastikan solat yang didirikan ketika menginap di premis tersebut tepat menghadap ke arah Kaabah. 

Tidak dinafikan teknologi telefon pintar boleh membantu pelanggan, namun penujuk arah kiblat disediakan di dalam bilik penginapan memberikan kemudahan dan keyakinan.

Pelanggan juga boleh lebih yakin jika premis penginapan tersebut mendapat pengiktirafan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR), salah satu usaha Islamic Tourism Centre (ITC).

Ini kerana premis yang diiktiraf MFAR bekerjasama dengan pihak berautoriti seperti pasukan falak syarie dalam menentukan arah kiblat di bangunan mereka.

Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Hisham Sabri berkata pengiktirafan itu penting untuk memastikan premis penginapan menyediakan arah kiblat yang betul dan tepat.

“Jika premis penginapan mendapat pengiktirafan MFAR, ia dapat elak salah faham jika pelanggan melakukan semakan sendiri dan arah yang ditunjukkan berbeza kerana pasukan falak syarie mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan arah kiblat yang tepat,” katanya.

Oleh itu beliau amat menggalakkan premis penginapan di Malaysia mendapatkan pengiktirafan MFAR untuk meningkatkan keyakinan dan antara usha menambah jumlah pelanggan Islam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel and Suites, Datuk Seri Mohamed Rafik Mohd Idris berkata pengiktirafan MFAR membantu perniagaan pihaknya dengan pasaran hotel mereka meningkat selepas dikenali sebagai hotel mesra muslim serta menerima Anugerah Tertinggi MFAR.

“Pengiktirafan itu membantu Mardhiyyah Hotel and Suites dan membuka peluang perniagaan yang besar lebih-lebih lagi segmen pelancongan Islam adalah luas dan berpotensi tinggi,” katanya.

Kejayaan sama turut diraikan penerima Anugerah Platinum MFAR iaitu Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA.

Fasiliti Mesra Muslim serta patuh syariah hotel itu turut menjadi pilihan penginapan bagi pelancong antarabangsa.

“Kemudahan mesra muslim yang disediakan memberikan kelebihan terutama bagi pelancong asing. 

“Selain menjadi lokasi penginapan, Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA juga menjadi pilihan untuk pelbagai acara dan majlis diadakan melalui fasiliti mesra muslim kami,” katanya.

Pemain industri pelancongan yang menyertai program MFAR akan turut ditawarkan khidmat promosi pemasaran.

Ketua Pengarah ITC, Nizran Noordin berkata Ia dapat dimanfaatkan menjelang 2028 dengan saiz pelancongan muslim antarabangsa dianggarkan mencecah 230 juta orang dengan perbelanjaan kira-kira 225 bilion dolar Amerika.

“ITC terlibat dengan banyak program pelancongan seperti MATTA Fair, MIHAS serta expo di luar negara seperti di China yang mempunyai pelancong muslim agak besar. 

“Pemain industri di bawah MFAR akan dijemput ke expo untuk bersama-sama mempromosikan produk mereka,” katanya.

Pemain industri yang berminat boleh mohon penyertaan di laman web www.itc.gov.my atau emel kepada mfar@itc.gov.my.

Manakala para pelancong boleh layari laman web mymuslimtrip.com untuk senarai perkhidmatan pelancongan mesra muslim yang disediakan di Malaysia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading