BEKAS JEMAAH HAJI DISARAN JADI DUTA KECIL, KONGSI ILMU DAN PENGALAMAN DI TANAH SUCI
“Antara perkara penting yang mereka perlu sampaikan ialah keadaan di Mina, sebab ada yang anggap perjalanan haji ini mudah tetapi banyak ujian yang akan mereka lalui di sana.”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kiri) berucap pada Program Himpunan Persaudaraan Hijjaj (HISHAJ) di Masjid Kampung Raja Uda, Klang hari ini. –fotoBERNAMA
KLANG: Individu yang telah menunaikan ibadah haji disarankan agar menjadi ‘duta kecil’ dalam membantu memberikan penjelasan kepada mereka yang bakal melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkongsian pengalaman dan ilmu antara perkara penting dalam memastikan ibadah haji dilaksanakan berjalan lancar dan jemaah tidak terkejut dengan suasana sebenar.
“Antara perkara penting yang mereka perlu sampaikan ialah keadaan di Mina, sebab ada yang anggap perjalanan haji ini mudah tetapi banyak ujian yang akan mereka lalui di sana.
“Jadi kalau mereka ini telah didedahkan dengan pengalaman sebenar dan ilmu yang disampaikan oleh mereka yang pernah ke sana tidaklah bakal jemaah itu nanti merungut hingga memberi kesan untuk mereka mencapai haji yang Mabrur,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata program HISHAJ telah diadakan secara berperingkat di lebih 70 masjid bermula 31 Julai lepas.
Beliau berkata selain mengeratkan ukhwah antara bekas jemaah haji, program tersebut turut memberikan peluang kepada TH untuk mendapatkan maklum balas bagi penambahbaikan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada jemaah seterusnya.
Syed Hamadah berkata bagi persediaan musim haji 1446H, TH telah menyusun program Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-41 bagi membincangkan permasalahan dan isu ibadat yang timbul dalam kalangan jemaah haji Malaysia.
“TH juga akan meneruskan bimbingan kepada bakal haji 1446H dengan penganjuran Kursus Asas Haji melibatkan 13 topik yang akan dikongsikan bersama bakal jemaah di lebih 200 masjid seluruh negara, yang dijadualkan bermula Oktober ini,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager