ARAHAN TULISAN JAWI DI PAPAN TANDA TIDAK LANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dua ahli perniagaan dari Kuantan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan pihak berkuasa tempatan mengarahkan setiap papan tanda kedai memaparkan tulisan Jawi.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dua ahli perniagaan dari Kuantan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan pihak berkuasa tempatan mengarahkan setiap papan tanda kedai memaparkan tulisan Jawi.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam sebulat suara memutuskan bahawa tidak ada rasional, atau tidak munasabah atau menyalahi undang-undang arahan pihak berkuasa negeri untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di premis perniagaan.
“Dasar itu tidak melanggar Perkara 5 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kami menolak rayuan perayu. Perintah Mahkamah Tinggi disahkan. Memandangkan ini adalah perkara yang melibatkan kepentingan awam, tiada perintah mengenai kos,” kata hakim menerusi prosiding dalam talian.
Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Datuk P. Ravinthran dan Datuk Nazlan Mohd Ghazali.
Ahli perniagaan, Jehan Abdullah dan Dana Palan Arunachalam, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 5 Ogos 2021, yang antara lain, memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk membawa tindakan undang-undang kerana mereka hanya memegang lesen perniagaan tetapi tidak memiliki premis perniagaan.
Antara lain, Mahkamah Tinggi juga menyatakan bahawa tulisan Jawi boleh digunakan untuk menyampaikan maksud dalam bahasa Melayu dan oleh itu merupakan sebahagian daripada bahasa kebangsaan.
Pada mulanya, Jehan dan Dana Palan turut disertai seorang lagi lelaki iaitu Phang Long Yen dalam permohonan semakan kehakiman mereka terhadap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan kerajaan Pahang pada 2020.
Bagaimanapun, Phang telah meninggal dunia dan bukan pihak dalam rayuan hari ini.
Ahli perniagaan berkenaan, antara lain, memohon perintah untuk membatalkan arahan MPK dalam surat bertarikh April 2019 supaya perniagaan menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda di premis mereka.
Mereka juga memohon perintah untuk membatalkan keputusan exco kerajaan negeri pada 1 Mac 2018 untuk menggalakan penggunaan tulisan Jawi.
Mereka juga menuntut pengisytiharan bahawa Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah bertentangan dengan Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan tersebut menyatakan bahawa setiap lesen atau permit yang diberikan hendaklah tertakluk kepada syarat dan sekatan, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa tempatan dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa memberi alasan.
Dilaporkan bahawa kerajaan negeri Pahang memutuskan pada 2018 bahawa semua premis perniagaan dan papan tanda jalan akan menggunakan tulisan Jawi dalam usaha memartabatkan penggunaan tulisan Jawi.
JIka enggan mematuhi arahan tersebut, pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM250 dan lesen perniagaan mereka dibatalkan.
Dalam prosiding rayuan tersebut, MPK diwakili peguam Ong Siew Wan dan Datuk Saiful Edris Zainuddin bertindak bagi pihak kerajaan Pahang manakala perayu diwakili peguam T. Gunaseelan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager