Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 36,100 TERBUNUH SEJAK GEMPA BUMI KUAT MELANDA TURKIYE

DUNIA

LEBIH 36,100 TERBUNUH SEJAK GEMPA BUMI KUAT MELANDA TURKIYE

Sekurang-kurangnya 36,187 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye minggu lepas.

Sumber Gambar: PMO

ANKARA: Sekurang-kurangnya 36,187 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye minggu lepas, menurut agensi bencana negara itu pada Khamis.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada 6 Feb yang berpusat di wilayah Kahramanmaras, menjejaskan lebih 13 juta orang di 11 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig.

Beberapa negara di rantau ini, termasuk Syria dan Lubnan, turut merasai gegaran kuat yang melanda Türkiye dalam tempoh kurang 10 jam.

Lebih 253,000 anggota mencari dan menyelamat kini berada di lapangan, lapor Anadolu memetik kenyataan agensi pengurusan bencana dan kecemasan Turkiye.

Menurut agensi itu, sekurang-kurangnya 216,347 orang dipindahkan dari kawasan yang dilanda gempa bumi setakat ini.

Pada Khamis, Kementerian Luar Turkiye berkata 7,098 anggota penyelamat asing dari 74 negara kini meneruskan tugasan di lapangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading