BACA BERITA: ‘SAYA KAKU, PERMAISURI AGAK RILEKS’ – AGONG
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara peribadi menyifatkan penampilan istimewa baginda membaca berita buat kali pertama semalam, sebagai kaku.
YDPA Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong berkenan membaca berita di sebuah stesen televisyen tempatan.
KUALA LIPIS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara peribadi menyifatkan penampilan istimewa baginda membaca berita buat kali pertama semalam, sebagai kaku.
Seri Paduka bertitah pengalaman mencemar duli membaca berita pada slot istimewa Buletin Diraja pada Buletin Utama di TV3 bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga lebih susah daripada menyampaikan titah ucapan.
“Baca berita semalam, saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks. Mungkin dia (Tunku Azizah) sudah practice banyak kali, tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu dalam bilik itu (studio berita) sejuk sekali. Kalau tak percaya, eloklah lawat bilik berita,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Titah Diraja semasa mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Lipis sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Negara Sungai Relau di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii.
Malam tadi, buat julung kalinya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong membuat penampilan istimewa membaca berita selama hampir 15 minit selepas berkenan menerima undangan istimewa untuk berbuat demikian.
Pada kunjungan ke Lipis hari ini, Al-Sultan Abdullah turut berkongsi pengalaman bertemu dengan seorang penduduk tempatan yang pernah bermain bola bersamanya pada zaman muda Seri Paduka.
Lelaki itu menceritakan kisah mereka bermain bola, semasa Al-Sultan Abdullah berkenan menyantuni penduduk setempat berhampiran lokasi pendaratan helikopter yang dinaiki Seri Paduka untuk ke daerah ini.
“Saya begitu terharu bila sebahagian orang kampung di situ ingat saya pernah bermain bola di situ. Saya tidak berapa ingat, tetapi saya diingatkan oleh seorang orang kampung di situ yang mengaku pernah bentes (tackle) saya di petang itu.
“Saya tidak ingat tahun berapa tetapi saya muda lagi waktu itu. Saya terharu dengan ingatan orang di situ dan saya kata hendak kembali semula, bawa anak-anak saya bermain bola di situ,” titah Seri Paduka.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager