Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELARASAN TARIF AIR TIDAK BEBANKAN PENGGUNA – MB KELANTAN

DALAM NEGARA

PELARASAN TARIF AIR TIDAK BEBANKAN PENGGUNA – MB KELANTAN

Kajian telah dibuat dan kenaikan itu tidak membebankan pengguna. Di Kelantan sendiri tarif air sudah lama tiada kenaikan.

Sumber Gambar: Facebook Menteri Besar Kelantan 

TANAH MERAH: Pelarasan tarif air bermula 1 Feb depan tidak akan membebankan pengguna, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata ini kerana kajian telah dilakukan sebelum pelarasan dilaksanakan.

“Kajian telah dibuat dan kenaikan itu tidak membebankan pengguna. Di Kelantan sendiri tarif air sudah lama tiada kenaikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah Banglo kepada Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi di Perumahan Wadi Iman Eksklusif, di sini hari ini.

Mohd Nassuruddin berkata kerajaan negeri turut memberi jaminan perkhidmatan bekalan air yang lebih berkualiti kepada pengguna berikutan pelarasan tarif air itu.

Semalam, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan pelarasan tarif air itu tidak lagi boleh ditangguhkan, supaya tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang, sekali gus memberikan impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan yang dinikmati rakyat.

Pelarasan itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading