BANTUAN MEROSOT KETIKA SERANGAN DI BANDAR GAZA MENINGKAT – PBB
Ketika ratusan ribu rakyat Palestin berusaha menyelamatkan diri daripada serangan di Bandar Gaza, jumlah yang sama terus terperangkap akibat usaha bantuan yang kian lumpuh, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, lapor Xinhua.
NEW YORK: Ketika ratusan ribu rakyat Palestin berusaha menyelamatkan diri daripada serangan di Bandar Gaza, jumlah yang sama terus terperangkap akibat usaha bantuan yang kian lumpuh, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, lapor Xinhua.
Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan serangan bertubi-tubi ke atas bangunan kediaman dan infrastruktur terus mengakibatkan angka kematian yang tinggi serta perpindahan penduduk.
“Situasi ini mengancam kesinambungan operasi perkhidmatan menyelamat nyawa termasuk ambulans, kemudahan kesihatan, sokongan rawatan pemakanan dan dapur komuniti.
“Orang awam di Bandar Gaza dan utara Semenanjung Gaza memerlukan sokongan kemanusiaan berskala besar dan berterusan, yang bergantung kepada akses berterusan serta jaminan keselamatan yang boleh dipercayai untuk petugas bantuan,” menurut OCHA.
Bagaimanapun, semua usaha pada Khamis untuk menyelaras akses kakitangan dan rakan kongsi ke utara Gaza dinafikan pihak berkuasa Israel, kecuali satu misi yang akhirnya dibatalkan oleh penganjur.
“Keadaan ini menghalang pelaksanaan misi penting termasuk penghantaran bekalan air melalui trak,” menurut agensi itu.
Pejabat itu berkata selepas penutupan lintasan sempadan Zikim pada 12 Sept, kadar penolakan pergerakan bantuan kemanusiaan ke utara Gaza meningkat kepada 40 peratus setakat Isnin, berbanding 18 peratus dalam tempoh 11 hari sebelumnya.
Di selatan Semenanjung Gaza, OCHA berkata pasukan kemanusiaan mengumpul bekalan dari lintasan Kerem Shalom/Karem Abu Salem, menghantar makanan, bekalan perubatan dan bahan api ke kawasan yang amat memerlukan sambil menjalankan penilaian lapangan untuk menyokong perancangan kemanusiaan selanjutnya.
PBB turut menerima laporan mengenai orang ramai yang terbunuh atau cedera ketika mencari makanan atau bantuan.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia memaklumkan antara 17 Sept dan Isnin lalu, seramai 21 rakyat Palestin dilaporkan maut, termasuk di sekitar tiga lokasi bekalan tentera dan sepanjang laluan Morag di selatan Khan Younis.
Pejabat itu turut mendedahkan bahawa sejak 27 Mei, sekurang-kurangnya 2,340 orang terbunuh ketika cuba mendapatkan makanan atau bantuan, dengan lebih separuh daripadanya dibunuh berhampiran tapak bekalan tentera manakala selebihnya di sepanjang laluan konvoi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager