Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA MAUT, SEMBILAN CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BETONG

DALAM NEGARA

DUA MAUT, SEMBILAN CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BETONG

Dua maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Klinik Skrang, Betong hari ini.

Sumber: APM Betong

SIBU: Dua maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Klinik Skrang, Betong hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa yang meninggal dunia ialah lelaki dewasa dan merupakan antara lapan penumpang yang menaiki van tersebut.

Enam lagi penumpang van mengalami kecederaan parah, manakala tiga mangsa menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Land Cruiser itu turut cedera.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.59 pagi pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari balai bomba tersebut, dan tiba pada 12.22 tengah hari.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala enam yang cedera parah dibawa ke Hospital Betong untuk menerima rawatan,” menurut kenyataan itu.

Pihak polis masih mengenal pasti mangsa yang terlibat dan punca kemalangan berlaku.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading