BANTUAN SARA DIPERLUAS MERANGKUMI MAKANAN SEJUK BEKU – PM ANWAR
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu dibuat berikutan permintaan orang ramai supaya ketegori barangan asas itu turut ditambah kepada barangan sejuk beku.
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memperluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua merangkumi makanan sejuk beku selain barangan asas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu dibuat berikutan permintaan orang ramai supaya ketegori barangan asas itu turut ditambah kepada barangan sejuk beku.
Beliau berkata penglibatan kedai runcit kecil yang menyertai program SARA turut ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir tahun ini dengan jarak capaian kedai dikurangkan dalam lingkungan tujuh kilometer (km) berbanding 10 km pada masa ini.
“Dulu ada masalah kerana kita boleh beli (gunakan SARA) di kedai-kedai besar, jadi sekarang kita gunakan 10,000 kedai runcit, belilah dari 10,000 kedai runcit di seluruh negara.
“Dengan demikian kita boleh kembangkan kegiatannya menyeluruh ke peringkat yang serendah mungkin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perpaduan Negara di sini hari ini.
Anwar berkata di bawah SARA untuk Semua, seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad yang mula disalurkan hari ini.
Perdana Menteri berkata walaupun nilai sumbangan diberikan melalui SARA untuk Semua adalah kecil, ia dapat membantu memberi kelegaan kepada kos sara hidup rakyat, selain merancakkan perbelanjaan domestik.
Anwar berkata SARA untuk Semua diberikan secara individu dan bukannya isi rumah.
“Maknanya, isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua anak dewasa akan dapat RM400. Diharap ini dapat dibelanjakan sebaiknya bersempena menyambut Tahun Baharu Cina dan umat Islam mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan,” katanya.
Anwar berkata SARA untuk Semua dapat dilaksanakan buat kali kedua hasil reformasi fiskal yang membawa kepada penjimatan dan dapat diagih semula untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.
“Apa yang saya nak tekankan di sini iaitu kalau negara aman dan stabil, kemudian kita tumpu ke arah pembangunan negara dan rakyat, tidak mungkin saya fikir ini semua (bantuan kerajaan) kalau ekonomi kita tidak memberikan hasil yang lumayan ataupun ekonomi itu tidak segar.
“Jadi ini semua berkaitan…daripada politik yang stabil dan memusatkan dalam kegiatan ekonomi. Isu asas, persoalan ekonomi teras serta dasar yang tepat, kemudian baru boleh menarik penglibatan pelabur asing.
“Kemudian melatih anak-anak supaya ada keterampilan dalam bidang-bidang yang tidak dikuasai sebelumnya. Semua ini harus kita fikirkan. Kalau ini semua (ada) baru kita dapat berikan hasil kepada rakyat,” katanya.
Lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa dapat memanfaatkan kredit one-off RM100 SARA untuk Semua yang sah digunakan bermula 9 Feb 2026 sehingga 31 Dis 2026.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests