Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH

DALAM NEGARA

BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH

Mangsa bayi lelaki lingkungan lima bulan didapati tidak sedarkan diri ketika dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh warga tempatan lingkungan umur 34 tahun.

ISKANDAR PUTERI: Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah pusat jagaan di Kangkar Pulai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumaresan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada 4.24 petang.

“Mangsa bayi lelaki lingkungan lima bulan didapati tidak sedarkan diri ketika dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh warga tempatan lingkungan umur 34 tahun. Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital.

“Bedah siasat telah dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran tubuh badan mangsa, punca kematian masih dalam siasatan. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mati mengejut (SDR) dijalankan selari dengan Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi yang memperuntukkan hukuman denda RM 50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading