JEMAAH HAJI, UMRAH PERLU PATUH PERATURAN DITETAPKAN ARAB SAUDI
Kerajaan berharap jemaah haji dan umrah akan mengekalkan prestasi baik terhadap pematuhan peraturan serta undang-undang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, sekali gus mengelakkan risiko dikenakan larangan visa sementara seperti yang berlaku kepada 14 negara.
KANGAR: Kerajaan berharap jemaah haji dan umrah akan mengekalkan prestasi baik terhadap pematuhan peraturan serta undang-undang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, sekali gus mengelakkan risiko dikenakan larangan visa sementara seperti yang berlaku kepada 14 negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah kerap memuji disiplin dalam kalangan jemaah haji dari negara ini, maka prestasi itu perlu dikekalkan.
“Rakyat Malaysia terkenal sebagai rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang, apatah lagi dalam konteks kita melakukan ibadat haji ataupun umrah. Kita nak buat kebaikan di sana, jadi sebahagian daripada kebaikan kita nak lakukan ibadat jangan sesekali kita langgar peraturan ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prapelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 di sini hari ini, yang disempurnakan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.
Pada 7 April lepas, media melaporkan kerajaan Arab Saudi mengenakan larangan visa sementara terhadap 14 negara termasuk Pakistan menjelang musim haji tahun ini, dan dalam laporan media itu menyebut larangan berkenaan dikenakan terhadap visa umrah, perniagaan dan visa keluarga dengan sekatan dijangka berakhir pada pertengahan Jun.
Semalam, Bernama turut melaporkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji supaya tidak berurusan melalui saluran tidak rasmi, sambil menegaskan kemasukan bagi tujuan haji mesti melalui visa haji rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi.
Mohd Na’im berkata setiap negara ada peraturan masing-masing dan kerajaan Arab Saudi menetapkan peraturan itu bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi demi kebaikan semua termasuk aspek keselamatan jemaah.
Ketika ditanya sama ada rakyat Malaysia turut terlibat dalam kalangan lebih 18,000 individu ditahan pihak berkuasa Arab Saudi, beliau berkata setakat ini kerajaan tidak menerima sebarang aduan secara rasmi mengenai penahanan itu.
Laporan media semalam mendedahkan pihak berkuasa Arab Saudi menahan 18,407 individu dalam tempoh seminggu atas pelbagai kesalahan melibatkan pelanggaran undang-undang imigresen, buruh dan keselamatan sempadan, dan langkah tegas itu diambil menjelang musim haji 2025.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.