KUALA LUMPUR: Bekas wartawan, Md Nasir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nas Ahmad, menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh ahli keluarganya kepada media.
Nas Ahmad, 63, dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu selepas mengalami masalah kekurangan oksigen.
Allahyarham yang cukup dikenali dengan slogan ‘Kita Terjah’ itu pernah menggalas peranan sebagai wartawan dan penerbit rancangan, sekali gus menjadi antara nama besar dalam dunia kewartawanan bahagian hiburan tempatan pada era 1980-an.
Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham telah menghidap masalah jantung sejak Januari 2023.
Pada tahun tersebut juga, TV AlHijrah menerusi program Hijrah Prihatin berkesempatan menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada Allahyarham. —AlHijrah Online