Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UK TIDAK AKAN SERTAI AS SEKAT SELAT HORMUZ

DUNIA

UK TIDAK AKAN SERTAI AS SEKAT SELAT HORMUZ

London sedang bekerjasama dengan Perancis dan rakan-rakan lain untuk membentuk gabungan yang lebih luas bagi melindungi kebebasan pelayaran.

Gambar Fail Kapal Kargo di Selat Hormuz. – AFP

ISTANBUL: United Kingdom (UK) tidak akan menyertai sekatan Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz, menurut media tempatan susulan kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai perkara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Sky News.

“Kami terus menyokong kebebasan pelayaran dan pembukaan Selat Hormuz, yang amat diperlukan bagi menyokong ekonomi global serta kos sara hidup di dalam negara.

“Selat Hormuz tidak seharusnya dikenakan bayaran,” kata jurucakap kerajaan itu.

Pegawai berkenaan berkata London sedang bekerjasama dengan Perancis dan rakan-rakan lain untuk membentuk gabungan yang lebih luas bagi melindungi kebebasan pelayaran. — Bernama


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading