Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BIOGRAFI AGUNG KEMBALI! MENGANGKAT KISAH 13 SAHABAT YANG HIDUP BERSAMA RASULULLAH SAW

DALAM NEGARA

BIOGRAFI AGUNG KEMBALI! MENGANGKAT KISAH 13 SAHABAT YANG HIDUP BERSAMA RASULULLAH SAW

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan musim terdahulu, program Islamik yang mendapat tempat dihati penonton, Biografi Agung, kembali dengan kupasan lebih mendalam mengenai kisah para sahabat yang hidup dan bertemu dengan Rasulullah SAW serta beriman kepadanya.

Mereka antara generasi terawal yang menyaksikan sendiri sinar wahyu dan menjadi tunjang penyebaran Islam dan inspirasi untuk umat hari ini.

Biografi Agung yang bermula 3 Disember 2025 akan membawa penonton menyelami perjalanan luar biasa 13 sahabat Rasulullah SAW yang setiap satu mempunyai kisah perjuangan, keperibadian dan pengorbanan.

Penonton akan dibawa menelusuri perjalanan tokoh-tokoh besar seperti Abu ‘Ubaidah bin Al-Jarrah, Khalid bin Al-Walid, Abu Dharr Al-Ghifari, Abd Al-Rahman bin Auf, Abu Talhah Al-Ansari dan Salman Al-Farisi. 

Turut dipaparkan ialah kisah ‘Ubadah bin Al-Samit, Talhah bin ‘Ubaidillah, Hudaifah bin Al-Yaman, Abu Mas’ud Al-Badri, Al-Zubair bin Al-Awwam, Ammar bin Yasir serta Umm Habibah, isteri Rasulullah SAW yang terkenal dengan keteguhan akidah.

Musim kali ini akan dihoskan oleh Ustaz Rozi Harun yang akan berkongsi cerita dengan penuh hikmah dan sarat ilmu.

Program ini turut boleh ditonton melalui aplikasi AlHijrah Plus yang membolehkan ia ditonton di mana-mana sahaja.

Biografi Agung diharap memberi inspirasi kepada masyarakat khususnya generasi muda untuk meneladani nilai ilmu, taqwa dan kesungguhan dakwah para ulama terdahulu.

Oleh itu orang ramai diajak untuk menonton musim terbaru Biografi Agung. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading