PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah yang mulia dalam pertuturan dengan bercakap hanya mengenai kebenaran, jujur, di samping menjauhi fitnah.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan berangkat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat mencontohi akhlak warisan maknawi Rasulullah yang mulia dalam pertuturan dengan bercakap hanya mengenai kebenaran, jujur, di samping menjauhi fitnah.
Yang di-Pertuan Agong bertitah hakikatnya perkataan yang kurang elok sama ada ketika tutur bicara mahupun ketika menulis di media sosial, kata-kata berbentuk cacian, nista dan dusta serta fitnah; hanya mengugat kestabilan dan keharmonian negara tercinta.
“Marilah kita mengambil iktibar daripada kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat budaya fitnah yang mendominasi dan membarah dalam kehidupan bangsanya,” titah Seri Paduka sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Seri Paduka bertitah selepas kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, fenomena fitnah telah membawa kepada peristiwa amat tragis dalam sejarah Islam menerusi pembunuhan khalifah ketiga Saidina Uthman Affan.
“Demikian hebat hakikat fitnah dan tipu daya yang bukan sahaja telah menumpahkan darah seorang pemimpin Islam yang agung, malahan telah turut menghancurkan keharmonian dan kestabilan sebuah negara,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah oleh itu Allah SWT, mengingatkan umat Islam untuk menghindari serta menjauhi diri daripada orang yang berbohong.
Seri Paduka bertitah ajaran Islam dibawa Rasulullah SAW mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk dalam mengemudi dan memerintah sebuah negara yang penuh rencam, pelbagai puak dan agama serta spektrum kedudukan sosio-ekonomi yang berbeza-beza.
Seri Paduka bertitah sirah Rasulullah SAW dalam lipatan sejarah juga mencerminkan kepakaran baginda dalam mentadbir sebuah negara.
“Hikmahnya, Rasulullah SAW telah berjaya membawa manusia keluar dari kejahilan dan kelalaian sehingga berjaya membina generasi yang cemerlang,” titah Seri Paduka.
Seri Paduka bertitah Rasulullah SAW telah membawa syiar Islam untuk terus bangkit dan berkembang di benua Timur Tengah sehingga menjadi pencetus kemajuan dan kejayaan masyarakat di benua lain yang sedang dalam kegelapan ketika itu.
Seri Paduka bertitah masyarakat dunia memperlihatkan dengan contoh akhlak terpuji Rasulullah SAW sebagai penanda aras nilai insani.
Sempena sambutan Maulidur Rasul itu, Al-Sultan Abdullah turut menyeru agar rakyat terus berpegang kepada tuntutan Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW.
“Dengan yang demikian, kita akan dapat membangunkan sebuah negara yang bertamadun dan berjaya, harmoni serta sejahtera dengan rakyat yang menjiwai sifat karamatul insan,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah baginda yakin Malaysia akan mencapai puncak kejayaan hakiki apabila syariat Islam dan nilai murni serta ketinggian akhlak yang dibawa Rasulullah SAW menjadi tatanan (aturan) tadbir urus negara.
Seri Paduka bertitah maqasid syariah perlu dijadikan kerangka asas dalam penyampaian perkhidmatan agar kemaslahatan rakyat yang menjadi tanggungjawab kerajaan terus terpelihara.
“Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini, marilah kita bertekad dan beriltizam untuk terus menghidupkan syariat dan syiar yang dibawa Rasulullah SAW,” titah Seri Paduka.
Turut berangkat ke sambutan bertema “Perpaduan Teras Malaysia MADANI” pagi ini ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager