TIDAK WAJAR WAJAHKAN ISLAM RUPA EKSTREM, TAASUB, DAN MELAMPAU – MOHD NA’IM
PUTRAJAYA: Umat Islam perlu memanfaatkan media sosial dengan berkongsi kandungan yang membawa mesej berunsur kebaikan serta tidak membawa kepada perpecahan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Para peserta perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 berarak dari Jambatan Seri Gemilang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sejauh 1.1 kilometer hari ini. – BERNAMA
PUTRAJAYA: Umat Islam perlu memanfaatkan media sosial dengan berkongsi kandungan yang membawa mesej berunsur kebaikan serta tidak membawa kepada perpecahan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata adalah tidak wajar umat Islam mewajahkan agama Islam yang suci dengan rupa paras ekstrem, taasub dan melampau dalam kandungan di media sosial.
“Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan sabda serta didikan Rasulullah SAW yang mengajar umat Islam agar saling menghormati, berlapang dada dan menjaga akhlak ketika berbeza pendapat.
“Begitu juga kandungan di media sosial yang melibatkan berita semasa, isu agama serta hukum-hakam,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Beliau berkata umat Islam seharusnya menjadi pendamai yang menyeru kepada kasih sayang dan penyatuan ummah kerana sifat seumpama itu merupakan tanggungjawab setiap insan kepada negara.
“Janganlah kita menjadi pemecah-belah yang memporak-peranda, mencetus provokasi dan menyebar fitnah. Usahlah direntap keharmonian serta kesepakatan yang dinikmati masyarakat,” katanya.
Beliau turut menasihati umat Islam agar tidak menjadi ‘api dalam sekam’ yang dengan sengaja menjadikan sentimen agama serta perkauman sebagai senjata untuk meraih sokongan dan kepentingan tertentu.
Mohd Na’im berharap pihak mufti dan Jabatan Mufti Negeri-negeri memainkan peranan masing-masing dengan memberi pencerahan kepada umat Islam agar dapat menangani isu fitnah, adu domba daripada terus berleluasa kerana sifat tersebut menjurus kepada perpecahan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (enam, kiri) berkenan bergambar bersama para penerima Anugerah Maulidur Rasul pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H yang bertemakan Perpaduan Teras Malaysia MADANI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (empat, kanan). – Bernama
Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim komited melaksanakan agenda Membangun Malaysia MADANI bagi membentuk kesejahteraan masyarakat yang menjadi nilai teras Masyarakat MADANI dengan agenda itu turut dikongsi di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di New York baru-baru ini.
Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi bertemakan Perpaduan Teras Malaysia MADANI itu diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests