Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS BURU LELAKI CABUL WANITA DI SETIA ALAM

DALAM NEGARA

POLIS BURU LELAKI CABUL WANITA DI SETIA ALAM

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita ketika mangsa berjalan kaki pulang ke rumah di Setia Alam, semalam.

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita ketika mangsa berjalan kaki pulang ke rumah di Setia Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia lingkungan 20-an pada jam 9.06 malam.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.10 malam ketika mangsa berjalan bersendirian pulang dari tempat kerja melalui sebuah lorong sunyi di kawasan perumahan berkenaan.

“Secara tiba-tiba, mangsa telah diserang dari arah belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai baju merah dan berseluar hitam. Suspek bertindak memeluk serta menutup mulut mangsa sebelum mencium dan merabanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri dan mangsa tidak mengalami sebarang kerugian akibat kejadian itu.

Polis kini sedang menjalankan usaha mengesan dan menahan suspek, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 011-16652402 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading