Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WARGA EMAS DIREMAN DISYAKI ROGOL CUCU 13 TAHUN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DIREMAN DISYAKI ROGOL CUCU 13 TAHUN

Tindakan ini diambil susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa dua hari lalu, selepas remaja berkenaan mendedahkan perbuatan terkutuk datuknya yang didakwa berlaku sepanjang tahun lalu sehingga kali terakhir pada Disember lepas.

BATU PAHAT: Seorang pesara berusia 67 tahun ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan cucu kandungnya yang baru berusia 13 tahun.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Arun Noval Dass di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Tindakan ini diambil susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa dua hari lalu, selepas remaja berkenaan mendedahkan perbuatan terkutuk datuknya yang didakwa berlaku sepanjang tahun lalu sehingga kali terakhir pada Disember lepas.

Menurut siasatan awal pihak berkuasa, mangsa sebelum ini tinggal bersama suspek di sebuah rumah di daerah ini ekoran perceraian ibu bapanya.

Bagaimanapun, pada April lalu, remaja tersebut telah dibawa pulang oleh ibunya untuk menetap di sebuah negeri di utara tanah air.

Perkara tersebut terbongkar apabila ibu mangsa mengesan mesej mencurigakan yang dihantar anaknya kepada seorang kenalan.

Mangsa pada mulanya memilih untuk mengunci mulut namun akhirnya mengaku menjadi mangsa jenayah seksual datuknya selepas didesak oleh ibu.

Pihak polis bertindak pantas menahan suspek sejurus selepas laporan rasmi diterima bagi melengkapkan siasatan lanjut berhubung kes ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading