Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEMANDU MYVI LANGGAR LARI KANAK-KANAK BERBASIKAL DITAHAN

DALAM NEGARA

PEMANDU MYVI LANGGAR LARI KANAK-KANAK BERBASIKAL DITAHAN

Hasil semakan mendapati suspek menggunakan kenderaan milik adiknya, selain merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental dan memiliki lesen memandu yang masih sah.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu Perodua Myvi yang tular selepas melanggar seorang kanak-kanak yang menunggang basikal sebelum melarikan diri dalam kejadian di Jalan Wirawati 5, Kampung Pandan, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan hasil maklumat awam serta siasatan susulan rakaman video kejadian yang tersebar di media sosial.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.26 pagi membabitkan sebuah Perodua Myvi berwarna oren yang dipandu lelaki tempatan serta seorang kanak-kanak lelaki yang menunggang basikal dan identitinya masih belum dikenal pasti.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu membelok keluar simpang ke kanan lalu melanggar bahagian belakang basikal sehingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.

“Pemandu dipercayai meninggalkan lokasi kejadian tanpa berhenti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut berjaya mengesan pemandu dan pemilik kenderaan sebelum kedua-duanya hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

Hasil semakan mendapati suspek menggunakan kenderaan milik adiknya, selain merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental dan memiliki lesen memandu yang masih sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading