Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ROSMAH DIARAH BAYAR RM67.5 JUTA KEPADA SYARIKAT BARANG KEMAS

DALAM NEGARA

ROSMAH DIARAH BAYAR RM67.5 JUTA KEPADA SYARIKAT BARANG KEMAS

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan 43 utas barang kemas.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan 43 utas barang kemas.

Hakim Datuk Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang difailkan oleh Global Royalty terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah turut menetapkan bayaran tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Selain itu, Rosmah diperintahkan membayar kos sebanyak RM75,000 masing-masing kepada Global Royalty serta pihak ketiga dalam kes berkenaan, iaitu Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Kes itu membabitkan tuntutan syarikat berkenaan berhubung kehilangan 43 utas barang kemas yang didakwa diserahkan kepada Rosmah sebelum ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading