Menurut agensi berita Jerman, pendakwa raya di Rom mengumumkan lewat Isnin bahawa siasatan itu tertumpu kepada dakwaan penyeksaan dan penahanan yang menyalahi undang-undang terhadap aktivis dalam misi berkenaan.
Pihak berkuasa Israel turut diminta memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.
Pada pertengahan Mei lalu, Israel memintas lebih 50 bot flotila yang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.
Lebih 400 aktivis, termasuk rakyat Itali, dilaporkan cuba menembusi sekatan tentera laut yang dikenakan ke atas Gaza.
Kontroversi tercetus selepas Ben-Gvir memuat naik video yang didakwa memaparkan aktivis pro-Gaza yang ditahan dilayan secara memalukan, sekali gus mengundang kecaman antarabangsa.
“Tanah kasut but (gelaran untuk Itali) telah bertukar menjadi tanah selipar (flip-flop),” kata Ben-Gvir di platform media sosial X sebagai respons terhadap berita daripada Itali itu.
Sementara itu, pendakwa raya antikeganasan Perancis turut melancarkan siasatan berkaitan dakwaan penyeksaan dan jenayah perang susulan layanan kontroversi terhadap aktivis flotila berkenaan.
Israel bagaimanapun menafikan dakwaan berhubung keganasan fizikal dan seksual terhadap aktivis yang ditahan.
Dalam perkembangan berkaitan, Perancis turut mengenakan larangan kemasukan terhadap Ben-Gvir. — AlHijrah Online