Tag Archives: Itali

ITALI TAMATKAN ‘LOCKDOWN’ MULAI 4 MEI

ROM: Itali akan mula menarik balik perintah berkurung atau ‘lockdown‘ di seluruh negara itu bermula 4 Mei dengan membenarkan perniagaan penting beroperasi selepas tujuh minggu tanpa aktiviti, kata Perdana Menteri Giuseppe Conte. Agensi berita Anadolu melaporkan Conte mengumumkan fasa kedua penularan koronavirus itu dalam sidang media ditunggu-tunggu rakyat Itali semalam, yang setakat ini menyaksikan lebih 26,600 kes maut dan 106,000

Read more

COVID-19: KEMATIAN MENINGKAT DI SEPANYOL KEPADA 743 KES SEHARI

OVIEDO: Sepanyol menyaksikan peningkatan 734 kes maut baharu menjadikan keseluruhan 13,798 kematian akibat COVID-19 di negara itu, demikian menurut data dikeluarkan kementerian kesihatannya hari ini. Agensi berita Anadolu melaporkan angka itu memecahkan rekod penurunan empat hari berturut-turut kematian akibat wabak itu di Sepanyol. Sebanyak 674 kes kematian dicatatkan semalam. Data hari ini juga menyaksikan lebih 5,500 kes baharu direkodkan menjadikan

Read more

RAKYAT MALAYSIA DI ITALI & IRAN AKAN DIBAWA PULANG

KUALA LUMPUR: Seramai 323 rakyat Malaysia di Itali dan 65 warga Malaysia di Iran akan dibawa pulang ke tanah air, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Selari dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, Hishammuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklumat Wisma Putra berhubung situasi di Itali dan Iran yang dikongsikan beliau kepada Perdana

Read more

ITALI SAHKAN KES KORONAVIRUS MELEBIHI 7,900 KES DENGAN 463 MAUT

ROM: Jumlah individu disahkan positif koronavirus mencecah 7,985 kes di Itali, demikian menurut pihak berkuasa Itali semalam. Angka itu menunjukkan peningkatan 1,598 kes jangkitan baharu berbanding sehari sebelumnya. “Kita merekodkan 102 kes sembuh menjadi keseluruhan 724 pesakit pulih,” kata Ketua Jabatan Perlindungan Awam, Angelo Borrelli, yang juga pesuruhjaya khas bagi menangani kecemasan koronavirus dalam siaran sidang akhbar tengah hari semalam.

Read more