DALAM NEGARA
FLOTILA GSF DARI CATANIA DIJADUAL BERLAYAR SELEPAS 7 SEPT
Perlepasan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kumpulan kedua dari Catania, Itali yang dijadualkan berlayar Khamis lepas terpaksa ditangguhkan sekali lagi.
Perlepasan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kumpulan kedua dari Catania, Itali yang dijadualkan berlayar Khamis lepas terpaksa ditangguhkan sekali lagi.

KUALA LUMPUR: Perlepasan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kumpulan kedua dari Catania, Itali yang dijadualkan berlayar Khamis lepas terpaksa ditangguhkan sekali lagi.
Jawatankuasa Penganjur memaklumkan perlepasan flotila hanya akan berlaku selepas 7 Sept, namun tarikh baharu belum ditetapkan kerana terdapat kemungkinan berlaku penangguhan lagi.
“Yang pasti perlepasan flotila dari sini (Catania, Itali) hanya akan dibuat selepas flotila dari Tunisia meninggalkan pelabuhan untuk bergabung dengan flotila yang tiba dari Barcelona, Sepanyol,” katanya menerusi pesanan ringkas kepada peserta GSF.
Berdasarkan perancangan awal, perlepasan flotila dari pelabuhan Catania dan Tunisia dijadualkan pada 4 Sept namun peserta dimaklumkan bahawa tarikh perlepasan flotila ditunda hingga esok.
Kumpulan dari Catania dan Tunisia yang masing-masing membabitkan 20 hingga 25 bot, dijadualkan bergabung dengan flotila dari Barcelona yang berlepas pada 31 Ogos bersama 24 bot, melibatkan lebih 200 sukarelawan termasuk 15 rakyat Malaysia.
Antara yang menyertai misi tersebut ialah selebriti tempatan Zizi Kirana dan Ardell Aryana, pendakwah Rahmat Ikhsan atau dikenali PU Rahmat manakala kumpulan kedua membabitkan 15 aktivis Malaysia termasuk pempengaruh Farah Lee dan ZRA Strim atau nama sebenarnya Zainal Rashid Ahmad.
Semua sukarelawan dari Malaysia bernaung di bawah panji Sumud Nusantara diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruzaman.
Pelayaran GSF merentasi lautan Mediteranean dengan membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada pertengahan bulan ini.
Secara keseluruhan, GSF membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.
Pelayaran keamanan GSF diharap mampu menarik perhatian kerajaan seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Israel sehingga genosid terhadap Gaza dihentikan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk.
GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Pendakwah terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias telah dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di...
Malaysia tidak berdepan krisis makanan dan bekalan masih mencukupi untuk menampung keperluan rakyat, kata Timbalan Menteri...
Kerajaan Negeri Selangor melalui 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memberikan bantuan sarapan percuma kepada pelajar...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pendirian Australia yang menggesa penamatan permusuhan di Gaza...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatnya dari...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.