Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPERASI SAR JASLINDA DITERUSKAN SKALA KECIL

DALAM NEGARA

OPERASI SAR JASLINDA DITERUSKAN SKALA KECIL

Operasi berkenaan akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) SAR orang hilang, namun hanya membabitkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam skala yang lebih kecil.

Tapah: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu akan diteruskan secara skala kecil bermula esok.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat penyelarasan SAR yang dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori, hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) SAR orang hilang, namun hanya membabitkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam skala yang lebih kecil.

Menurutnya, usaha pencarian itu diteruskan bagi mengesan Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman.

Jaslinda menyertai pendakian tersebut bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang memulakan perjalanan pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Difahamkan, mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti daripada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan pendakian secara bersendirian menuju ke puncak Gunung Batu Putih sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, 24 Mei lalu.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading