Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUAYA BERUKURAN 4 KAKI DITANGKAP DALAM KAWASAN SEKOLAH

DALAM NEGARA

BUAYA BERUKURAN 4 KAKI DITANGKAP DALAM KAWASAN SEKOLAH

Seekor buaya berukuran kira-kira empat kaki berjaya ditangkap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas reptilia itu ditemui di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Rahman Andak pagi tadi.

SIMPANG RENGGAM: Seekor buaya berukuran kira-kira empat kaki berjaya ditangkap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas reptilia itu ditemui di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Rahman Andak pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Johor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.15 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam digerakkan ke lokasi dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati benar terdapat seekor buaya berada di dalam kawasan sekolah. Operasi menangkap buaya dijalankan menggunakan peralatan penjerut dan operasi ditamatkan pada 8.35 pagi,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden melibatkan mangsa dilaporkan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading