Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA LELAKI MAUT MPV BERTEMBUNG DENGAN LORI DI TUARAN

DALAM NEGARA

LIMA LELAKI MAUT MPV BERTEMBUNG DENGAN LORI DI TUARAN

Lima lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Sulaman Gayang di hadapan Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia, di Tuaran pada 2.09 petang tadi.

Sumber: Media Sosial

TUARAN: Lima lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Sulaman Gayang di hadapan Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia, di sini pada 2.09 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kelima-lima mangsa berusia dalam lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun identiti semua mangsa belum dapat dipastikan dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori tidak mengalami kebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

 Pihak bomba memaklumkan kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan yang dari arah bertentangan bertembung sebelum MPV dinaiki mangsa terbabas ke bahu jalan.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di tempat kejadian sejauh 29 kilometer pada kira-kira 2.50 petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading