Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GADIS MUSLIM CALON PALING MUDA BERTANDING SEBAGAI DATUK BANDAR ROM

DUNIA

GADIS MUSLIM CALON PALING MUDA BERTANDING SEBAGAI DATUK BANDAR ROM

ROM: Seorang gadis Muslim yang merupakan pelajar jurusan undang-undang menjadi calon paling muda dalam Pilihan Raya Datuk Bandar Rom dan Majlis Perbandaran yang diadakan pada 3 dan 4 Oktober depan.

Sekiranya dipilih, Mariam Ali, 20, berjanji akan memastikan suara golongan muda, dewasa dan golongan memerlukan di bandar itu didengari ketika mereka memerlukan bantuan.

Memetik laporan Arab News, Mariam merupakan calon mewakili parti ‘Demo-Solidariti dan Demokrasi’ yang menyokong kepada bekas Menteri Kewangan Itali, Roberto Gualtieri. 

Mariam memaklumkan dia sudah banyak bertemu dengan orang ramai secara peribadi sepanjang kempen bagi mendengar isi hati mereka.

“Saya bukan bertanding bagi mewakili orang Islam di Itali, tetapi saya bertanding sebagai penduduk Itali dan Rom. Sebagai anak muda, saya mahu memberi galakan kepada golongan muda lain supaya memberikan lebih banyak sumbangan kepada negara,” jelasnya.  

Mariam melaksanakan kempen secara digital dengan menggunakan saluran media sosial bagi menyebarkan mesej serta berkempen bagi mendapat undian. 

Mariam mempunyai seramai 200,000 pengikut dalam Instagram dan 40,000 di Tiktok.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading