Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JPA: PENJAWAT AWAM WAJIB AMBIL VAKSIN

DALAM NEGARA

JPA: PENJAWAT AWAM WAJIB AMBIL VAKSIN

Sumber Gambar: ARKIB

PUTRAJAYA: Semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin dengan segera sebelum 1 November.

Dalam satu kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pengambilan vaksin kepada semua pegawai berkenaan bagi memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Tambahnya, langkah tersebut selari dengan usaha mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Dalam tempoh ini pegawai yang belum divaksin hendaklah hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang telah disediakan oleh kerajaan.

“Bagi pegawai yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, pegawai hendaklah mengemukakan kepada Ketua Jabatan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, pegawai awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya mereka masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan.

Jelasnya, semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

“Sehingga kini, jumlah peratusan pegawai awam persekutuan yang mengambil vaksin telah mencapai hampir 98 peratus.

“Kelompok mereka yang masih belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus (16,902 orang),” jelasnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading