ITALI KECUALIKAN ISRAEL DARIPADA PESTA PELANCONGAN ANTARABANGSA KERANA ISU GAZA
Pihak berkuasa Itali memutuskan untuk mengecualikan Israel daripada menyertai pesta pelancongan antarabangsa, TTG Travel Experience 2025, yang dijadual berlangsung di Bandar Rimini dari 8 hingga 10 Oktober, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
ROM: Pihak berkuasa Itali memutuskan untuk mengecualikan Israel daripada menyertai pesta pelancongan antarabangsa, TTG Travel Experience 2025, yang dijadual berlangsung di Bandar Rimini dari 8 hingga 10 Oktober, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Keputusan ini dibuat susulan tekanan yang semakin meningkat daripada pihak majlis perbandaran bandar itu serta kemarahan awam yang meluas terhadap serangan berterusan Israel yang disifatkan sebagai serangan genosid di Semenanjung Gaza.
Datuk Bandar Rimini, Jamil Sadegholvaad berkata keputusan itu dibuat atas dasar kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat dan risiko berlakunya protes besar-besaran, sejajar dengan ketegangan yang memuncak di seluruh Itali akibat perang di Gaza.
Beliau menegaskan, membenarkan penyertaan Israel boleh menjadikan acara itu sebagai medan demonstrasi besar.
Penganjur pameran itu Italian Exhibition Group (IEG) turut mengesahkan yang syarat untuk penyertaan Israel tidak lagi sah.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu menyatakan yang kehadiran Israel di pameran itu menjadi sesuatu yang “tidak sesuai daripada segi moral dan profesional” memandangkan kemusnahan dan kehilangan nyawa yang berterusan di Gaza.
Syarikat itu memetik liputan media dan kenyataan rasmi pihak berkuasa Itali yang menegaskan bahawa “mempromosikan kawasan yang sedang dilanda perang, kemusnahan dan kematian sebagai destinasi pelancongan adalah sesuatu yang tidak beretika dan tidak profesional.”
IEG, yang turut menguruskan lokasi Rimini Fiera selepas bergabung dengan kumpulan pameran dari Vicenza, menyatakan yang mereka memaklumkan secara rasmi kepada lembaga pelancongan Israel bahawa syarat penyertaan mereka dibatalkan.
Keputusan itu mencerminkan pendirian rasmi kerajaan perbandaran Rimini dan pihak berkuasa wilayah Emilia-Romagna, di bawah bidang kuasa mereka di mana acara itu dianjurkan.
TTG Travel Experience antara acara industri pelancongan terkemuka dunia, yang menghimpunkan pemain industri utama dan pihak berkepentingan dari kira-kira 70 negara.
Pengecualian Israel ini dibuat susulan gelombang demonstrasi di seluruh Itali yang menyatakan solidariti terhadap Palestin, dengan penunjuk perasaan dan kumpulan masyarakat sivil menuntut penghentian kerjasama dengan Israel dan penguatkuasaan sekatan sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan di Gaza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.