Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MALAYSIA SIAP SEDIA BANTU FILIPINA

DUNIA

MALAYSIA SIAP SEDIA BANTU FILIPINA

Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah selatan negara itu hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah selatan negara itu hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan turut memantau rapi perkembangan semasa berikutan kesan gegaran gempa itu yang dirasai di beberapa kawasan di Sabah, manakala perkhidmatan kecemasan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga sepenuhnya.

“Ingatan dan doa kami bersama rakyat Filipina. Malaysia bersedia untuk menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Filipina mempunyai hubungan rapat sebagai negara sahabat serta rakan dalam ASEAN, justeru beliau mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua mangsa yang terkesan akibat bencana berkenaan.

“Malaysia dan Filipina adalah rakan akrab dan rakan anggota ASEAN. Saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada semua yang terkesan, mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hari-hari sukar yang akan datang,” kata beliau.

Gempa bumi berukuran magnitud 7.9 itu dilaporkan melanda Mindanao pada pukul 7.37 pagi dengan kedalaman 50 kilometer. Pusat gempa berada pada latitud 5.7 darjah utara dan longitud 125.1 darjah timur.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi sehingga 0.4 meter dijangka melanda kawasan pesisir pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara pukul 10.30 pagi hingga tengah hari. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading