Connect with us

ALHIJRAH NEWS

UIAM JADI INSPIRASI UNIVERSITI ISLAM PERTAMA DI AUSTRALIA

DALAM NEGARA

UIAM JADI INSPIRASI UNIVERSITI ISLAM PERTAMA DI AUSTRALIA

Kejayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul sebagai antara institusi pendidikan Islam terkemuka di rantau ini menjadi contoh kepada usaha menubuhkan universiti Islam pertama di Australia.

KUALA LUMPUR: Kejayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul sebagai antara institusi pendidikan Islam terkemuka di rantau ini menjadi contoh kepada usaha menubuhkan universiti Islam pertama di Australia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu disuarakan Presiden Australian National Imams Council dan United Muslims of Australia, Sheikh Shady Alsuleiman ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya di Putrajaya.

Menurut beliau, Sheikh Shady melihat model pembangunan dan kejayaan UIAM sebagai rujukan utama dalam merealisasikan hasrat tersebut.

“Beliau berkongsi visi untuk menubuhkan universiti Islam pertama di Australia, dengan mengambil inspirasi daripada kejayaan UIAM.

“Dalam pertemuan ini, beliau turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan perkongsian pengalaman, kepakaran dan pandangan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Malaysia bagi membantu merealisasikan aspirasi tersebut,” katanya.

Zambry yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa bersedia meneroka peluang kerjasama strategik bagi memperkukuh pembangunan pendidikan tinggi Islam yang moden, inklusif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: UIAM JADI INSPIRASI UNIVERSITI ISLAM PERTAMA DI AUSTRALIA – IIUM in the News

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading