Connect with us

ALHIJRAH NEWS

“HORMATI URUSAN PENTADBIRAN, SENSITIVITI UMAT ISLAM” – MENTERI AGAMA TAK SETUJU DENGAN YB KHOO

DALAM NEGARA

“HORMATI URUSAN PENTADBIRAN, SENSITIVITI UMAT ISLAM” – MENTERI AGAMA TAK SETUJU DENGAN YB KHOO

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menggesa Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong agar menghormati urusan pentadbiran sesebuah negeri dan sensitiviti umat Islam.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menggesa Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong agar menghormati urusan pentadbiran sesebuah negeri dan sensitiviti umat Islam.

Ia susulan kenyataan Khoo yang mengundang kritikan selepas mempertikaikan arahan penutupan sementara premis perniagaan pada waktu solat Jumaat, termasuk melibatkan rangkaian kedai serbaneka seperti 7-Eleven di Terengganu.

Zulkifli menzahirkan rasa tidak setuju dengan pendapat Khoo kerana ia merupakan urusan pentadbiran negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai asas perundangan melalui enakmen negeri serta mandat rakyat tempatan, seperti di Negeri Terengganu, selaras dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam Islam, setiap lelaki wajib menunaikan solat Jumaat dan meninggalkan urusan jual beli apabila tiba waktunya adalah tuntutan agama yang jelas berlandaskan Surah al-Jumu’ah, ayat 9, dan bukannya sekadar satu amalan budaya.

“Peraturan PBT berkenaan bertujuan memelihara kewajipan ibadah serta memberi ruang kepada pekerja dan pelanggan Muslim menunaikan solat Jumaat tanpa kekangan,” katanya.

Zulkifli turut mengingatkan bahawa setiap pemimpin perlu cermat dan saling menghormati batas amalan agama masing-masing agar ia tidak dijadikan bahan polemik atau pertikaian politik.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top