Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUACA PANAS, KERING: MASJID BAWAH JAKIM ANJUR SOLAT HAJAT

DALAM NEGARA

CUACA PANAS, KERING: MASJID BAWAH JAKIM ANJUR SOLAT HAJAT

Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian.

KUALA LUMPUR: Semua masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menganjurkan solat hajat untuk memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat, pada esok bersamaan 1 Jun 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian.

Katanya, kementeriannya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.

“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan Solat Hajat pada 1 Jun 2023.

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga turut diminta untuk melaksanakan Solat Hajat pada tarikh sama untuk memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading