Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN TULAR 10,000 KEKOSONGAN HAJI TIDAK BENAR – TH 

DALAM NEGARA

DAKWAAN TULAR 10,000 KEKOSONGAN HAJI TIDAK BENAR – TH 

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan dakwaan yang tular bahawa terdapat kira-kira 10,000 kekosongan rayuan menunaikan ibadah haji bagi musim 2026.

Gambar ARKIB.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan dakwaan yang tular bahawa terdapat kira-kira 10,000 kekosongan rayuan menunaikan ibadah haji bagi musim 2026.

Tegasnya, ketika ini keseluruhan kuota jemaah haji Malaysia telah dipenuhi dan berada dalam fasa terakhir proses tawaran haji yang dilaksanakan mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

“Maklumat rasmi berkaitan urusan haji hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi TH sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular hantaran di media sosial yang mendakwa orang ramai yang menunggu giliran haji boleh terus ke kaunter TH untuk memohon bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini kerana masih terdapat 10,000 kekosongan kuota.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading