Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BERANG ISU PEMBAYARAN, WANITA MENGAMUK DI RESTORAN MAMAK 

DALAM NEGARA

BERANG ISU PEMBAYARAN, WANITA MENGAMUK DI RESTORAN MAMAK 

Polis menahan seorang wanita selepas  disyaki mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan pekerja di sebuah restoran di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, di Ipoh awal pagi tadi.

Sumber: IPD Ipoh

IPOH: Polis menahan seorang wanita selepas  disyaki mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan pekerja di sebuah restoran di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata dalam kejadian 6.31 pagi itu pihaknya menerima laporan daripada pemilik restoran seorang lelaki berusia 38 tahun, yang mengadu berhubung insiden berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika itu pemilik restoran berada di lokasi tersebut dan memaklumkan telah berlaku satu kejadian mengamuk melibatkan seorang wanita berusia 29 tahun dipercayai tidak berpuas hati berhubung urusan pembayaran di premis berkenaan.

“Suspek kemudian telah bertindak agresif dengan mengambil makanan, menampar muka pengadu, mencederakan rakan pengadu pada bahagian dada, serta menggunakan sebilah pisau pemotong daging untuk memecahkan peralatan restoran termasuk cermin penghidang makanan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek turut mengambil wang tunai di dalam laci restoran dan memberi makanan secara percuma kepada pelanggan lain.

“Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM45,400 dan membabitkan dua mangsa, iaitu pekerja di restoran berkenaan.

“Suspek yang ditahan juga dipercayai baru keluar dari Hospital Taiping selepas menerima rawatan psikiatri di hospital itu, kes masih dalam siasatan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading