Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

DALAM NEGARA

DUA LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan kematian 13 orang setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

KUALA LUMPUR: Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan kematian 13 orang setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata kematian melibatkan jemaah lelaki berasal dari Kelantan, Ghazali Ab Rahman, 74, yang menghembuskan nafas terakhir di Maktab 89A pada 4 pagi Khamis (12 Jun) waktu Arab Saudi, akibat serangan jantung.

Sementara jemaah kedua ialah Hasmi Mohd Bojeng, 78, dari Sibu, Sarawak, yang meninggal dunia pada 5.21 pagi, 12 Jun waktu Arab Saudi di Rehab Al-Janadiriyyah, Maktab 90A juga akibat serangan jantung.

“Kedua-dua kematian disahkan oleh petugas kesihatan Tabung Haji (TH), iaitu Dr Syafiq Haziq Mahadi dan Dr Wan Mohd Hafizullah Wan Mansor,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas TH yang terus komited dalam menjaga kebajikan jemaah dan menyampaikan rasa simpati yang tidak terhingga kepada semua waris kedua-dua jemaah terbabit.

“Doa kita agar kedua-dua Almarhum dan Almarhumah ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan dikurniakan ganjaran haji mabrur oleh Allah SWT,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading