Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA REMAJA PEREMPUAN MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA

DALAM NEGARA

DUA REMAJA PEREMPUAN MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA

Dua remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta ketika menyeberang jalan.

Sumber Gambar: Media Sosial

PADAWAN: Dua remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta ketika menyeberang jalan.

Kejadian berlaku di Jalan Batu 13, Jalan Kuching-Serian dan kedua-dua mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku sekitar jam 9.14 malam.

“Apabila melepasi pembahagi laluan (tengah jalan), motosikal mereka terus masuk ke laluan kereta yang bergerak lurus yang menuju ke Serian menghala ke Kuching.

“Pelanggaran itu telah menyebabkan penunggang tercampak di atas pembahagi laluan manakala pemboceng belakang tercampak di atas jalan raya, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemandu kereta berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading