Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBERIAN LESEN FIZIKAL MASIH ADA, PEMANDU BOLEH MOHON DI JPJ – ANTHONY

DALAM NEGARA

PEMBERIAN LESEN FIZIKAL MASIH ADA, PEMANDU BOLEH MOHON DI JPJ – ANTHONY

Pemandu kenderaan masih boleh memohon lesen fizikal di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara.

GEORGE TOWN: Pemandu kenderaan masih boleh memohon lesen fizikal di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pemberian lesen fizikal kepada pemandu tidak pernah dihentikan.

“Kami sudah nyatakan tiada pemberhentian pemberian lesen fizikal kepada pemandu, jadi kalau mereka memandu di luar negara di mana negara itu perlukan lesen fizikal, maka mereka boleh mengambil lesen fizikal daripada JPJ masa perbaharui lesen,” katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan baharu Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang, di sini hari ini.

Sebelum ini tular sebuah video memaparkan dua warga Malaysia disaman oleh penguat kuasa Thailand setelah menunjukkan lesen memandu digital selepas ditahan ketika menunggang motosikal di sebuah daerah di negara terbabit.

Ujar Anthony, penggunaan lesen digital hanya berkuat kuasa di negara ini dan pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa dalam menentukan cara pelaksanaan penguatkuasaan pengangkutan dan undang-undang di negara lain.

Dalam perkembangan lain, Anthony memaklumkan pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan diumumkan selepas pelaksanaan Bukti Konsep (POC) mengenainya selesai.

Beliau berkata perkara itu bagi memastikan sistem aplikasi MyJPJ berupaya untuk menampung trafik digital dan sistem tersebut tidak ranap setelah ia dilancarkan kelak.

“Dalam beberapa bulan lagi, kami akan lancarkan sistem pembayaran secara online ini melalui aplikasi MyJPJ,” katanya.

Beliau turut berkata pelancaran mod paparan digital iaitu Lesen Kenderaan Motor digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia digital (e-LMM) pada 10 Feb lepas adalah untuk mengurangkan kesesakan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Memandangkan ia akan mengambil masa bagi rakyat menyesuaikan diri, maka permohonan lesen dan cukai jalan secara digital atau fizikal atau kedua-duanya sekali masih diadakan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading