Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA WARGA ISRAEL TAHANAN HAMAS MAUT TERKENA BEDILAN ZIONIS DI TEMPAT PERSEMBUNYIAN

DUNIA

DUA WARGA ISRAEL TAHANAN HAMAS MAUT TERKENA BEDILAN ZIONIS DI TEMPAT PERSEMBUNYIAN

“Etai Firsky dan Yosi Sherabi maut angkara serangan udara tentera IDF negara kami sendiri. Hentikan peperangan ini dan kembalikan kami ke pangkuan keluarga.”

Video yang disiarkan Hamas yang memaparkan keadaan tawanan. (Amaran video mungkin membabitkan visual yang mengerikan)

GAZA: Dua warga Israel yang ditawan Hamas maut akibat terkena pengeboman tentera Zionis ketika cuba diselamatkan pasukan sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzudin Al Qassam. 

Salah seorang tebusan yang terselamat, Noah Arghamani, 26, dalam video yang disiarkan Hamas berkata, tentera Zionis mengebom bangunan tempat persembunyian mereka sebelum tertimbus di bawah runtuhan. 

“Pasukan Al Qassam berusaha menyelamatkan mereka tetapi Yosi Sherabi, 53, maut di bawah runtuhan,” katanya.

Tentera Al Qassam kemudian memindahkan Noah dan seorang lagi tawanan, Etai Firsky, 38, ke tempat persembunyian lain, namun tetap diserang oleh tentera Zionis.

Noah berkata, dalam serangan udara itu, Etai pula terbunuh manakala dia mengalami kecederaan di kepala dan badan.

“Etai Firsky dan Yosi Sherabi maut angkara serangan udara tentera IDF (Israel Defense Forces) negara kami sendiri.”

“Hentikan peperangan ini dan kembalikan kami ke pangkuan keluarga” kata Noah. 

Sementara itu, Noah berkata bekalan makanan dan minuman sudah kehabisan berikutan tiada sumber yang dibenarkan masuk. 

“Tentera AlQassam melayan kami dengan sangat baik.

“AlQassam mengambil berat tentang kebajikan kami sebaik mungkin tetapi tiada lagi sumber makanan dan minuman buat kami,” ujarnya dalam video tersebut.

Isnin lalu, Al Qassam melalui media rasminya memberi bayangan tentang keadaan tiga tawanan tersebut. 

Ketiga-tiganya sempat memberi pesanan kepada Benjamin Netanyahu untuk menghentikan peperangan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading