Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HEPATITIS A MEREBAK DI PUSAT PERLINDUNGAN PENUH SESAK DI GAZA

DUNIA

HEPATITIS A MEREBAK DI PUSAT PERLINDUNGAN PENUH SESAK DI GAZA

Semenanjung Gaza kini sedang bergelut dengan penularan wabak Hepatitis A akibat kesesakan di pusat perlindungan di wilayah itu.

Sumber Gambar: AFP

BANDARAYA GAZA: Semenanjung Gaza kini sedang bergelut dengan penularan wabak Hepatitis A akibat kesesakan di pusat perlindungan di wilayah itu, Agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Kesihatan pada Rabu.

Kementerian itu mengeluarkan amaran berhubung potensi penggantungan ujian darah lengkap (CBC) pada bila-bila masa, merujuk kepada kekurangan bahan yang diperlukan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, butiran khusus mengenai kekurangan itu tidak disediakan.

Keadaan mencabar yang dihadapi oleh penduduk Gaza yang diusir itu diburukkan lagi dengan kekurangan tandas dan kemudahan sanitasi, menyumbang kepada pengumpulan sisa buangan berhampiran khemah yang baru didirikan.

Tidak cukup dengan itu, penduduk di pusat perlindungan turut mengalami masalah kekurangan air dengan kebanyakan individu bergelut untuk melindungi diri mereka daripada akibat pencemaran dan kebersihan yang tidak mencukupi.

Hepatitis A, virus yang disebarkan melalui makanan dan air yang tercemar atau sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti, menimbulkan ancaman kesihatan yang ketara dalam keadaan yang mencabar ini.

Sejak serangan 7 Okt lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa 85 peratus penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal, berdepan kekurangan sumber penting seperti makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 24,448 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 61,504 individu lagi cedera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading