BANGI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan elaun pendakwah yang berkhidmat secara kontrak di bawah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), dinaikkan sekurang-kurangnya setara dengan gaji minimum.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan semasa hadir pada Majlis Perasmian Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) hari ini. – Bernama
BANGI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan elaun pendakwah yang berkhidmat secara kontrak di bawah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), dinaikkan sekurang-kurangnya setara dengan gaji minimum.
Bercakap kepada media selepas merasmikan Konvensyen Mualaf MADANI Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata mereka banyak menjalankan kerja-kerja dakwah serta menyantuni pelbagai permasalahan terutama dalam kalangan mualaf di kawasan pedalaman.
“Oleh kerana pendakwah atau mubaligh ini dikategorikan sebagai usaha-usaha dakwah secara sukarela dulunya dan mereka dikenali sebagai sukarelawan dalam penyebaran dakwah.
“Namun Jakim telah mengambil beberapa inisiatif untuk meletakkan mereka sebagai pendakwah, perkhidmatan secara kontrak. Maka elaun yang diberikan kepada mereka itu secara relatifnya masih rendah,” katanya.
Ahmad Zahid turut menyarankan agar majis dan jabatan agama Islam negeri-negeri turut sama menaikkan elaun pendakwah di kawasan masing-masing.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika diminta mengulas mengenai cadangan Ahmad Zahid itu berkata Jakim mengambil maklum perkara itu.
Menurutnya, pada masa ini pendakwah yang bergerak di bawah Jakim serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah tidak diberikan elaun atau gaji tetap.
Sebelum itu semasa berucap di hadapan lebih 700 peserta Konvensyen Mualaf MADANI, Mohd Na’im berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya Jakim bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri akan sentiasa memperkukuh program penghayatan Islam dalam kalangan mualaf dan masyarakat Orang Asli.
Beliau berkata kelas-kelas pengajian agama meliputi ilmu aqidah, syariah dan akhlak perlu dilaksanakan dengan komited, interaktif serta terancang.
“Kita perlu menerima hakikat, dunia teknologi komunikasi hari ini yang bergerak pantas menuntut agensi hal ehwal Islam untuk melipatgandakan usaha menyampaikan ilmu Islam termasuk di media sosial,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked